MALAYSIA 4 CHINA 1
Ketiadaan ketua jurulatih, Sarjit Singh, tidak meratah semangat The Speedy Tigers untuk muncul pasukan ketiga terbaik Kejohanan Hoki Piala Asia dengan menundukkan China 4-1, sebentar tadi.
Nursyafiq Sumantri terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-7 menerusi pukulan sudut penalti dan benteng China memastikan mereka tidak dibolosi dalam di suku kedua.
Situasi itu tidak bertahan lama apabila penjaring terbanyak pasukan negara, Akhimulah Anuar Esook, meledak gol kedua negara disusuli gol ketiga Malaysia dalam suku terakhir, sekali lagi hasil penyudahnya untuk mencerahkan peluangnya dinobatkan penjaring terbanyak kejohanan.
Namun, China ada perancangan mereka tersendiri apabila merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti Gao Jiesheng.
Begitupun, Malaysia tidak gentar dan terus menambah kelebihan mereka dengan gol keempat menerusi Syed Syafiq Syed Cholan ketika permainan berbaki dua minit.
Ia secara tidak langsung mengulangi pencapaian 2007 yang menyaksikan skuad negara mengatasi China untuk tampil pasukan ketiga terbaik benua ini.
Beli Untuk Latihan

Main Macam Pro
Dari latihan hingga kejohanan, stik hoki ringan & tahan lama ini membantu anda bergerak lebih pantas dan lebih tepat.
Beli Untuk Latihan