Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Asia: The Speedy Tigers kekal positif mahu ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki.jpg
Pasca kemenangan skuad hoki negara ke atas Chinese Taipei 15-0 dalam Piala Asia 2025 sejurus memasuki slot Super Fours, Sarjit Singh mengekalkan permulaan sempurna selepas kemenangan berdepan Bangladesh, dan Korea Selatan.

Pusingan Super Fours merupakan dua pasukan terbaik daripada Kumpulan A -- India dan China, bersama dua lagi pasukan terbaik daripada Kumpulan B -- Malaysia dan Korea Selatan dalam format round robin bagi menentukan dua pasukan terbaik ke final.

Hanya juara akan layak secara merit ke Piala Dunia 2026 di Belanda dan Belgium selaku tuan rumah.

Sepanjang tiga aksi peringkat kumpulan, The Speedy Tigers tidak berdepan masalah untuk mencipta impak maksima khususnya ketika menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan 4-1.

Paling mencuri tumpuan, kelibat Akhimullah Anuar Esook yang kembali menemui sentuhan penyudahnya apabila meledak lima gol pada Isnin untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan sembilan gol.




Turut cemerlang, sekembalinya Ashran Hamsani bersama skuad senior negara menambah dimensi baru dalam serangan kem negara.

Ashran yang sebelum ini beraksi bersama skuad hoki dalam dewan negara dipanggil ketua jurulatih itu untuk mengetuai cabaran buru slot tunggal ke kejohanan berprestij itu tahun hadapan.

"Kita harus lebih tajam di hadapan. 

"Jika ada peluang, kita mesti sudahkan

"Masa agak suntuk, proses pemulihan sangat penting di samping tiga pemain mengalami kecederaan. 

"Penjaga gol juga memainkan peranan yang baik. 

"Jika permainan positif ini berterusan, kita boleh beraksi dalam final," katanya di Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video