SUKAN LAIN

Hoki Piala Asia: Malaysia atasi Korea Selatan, mara ke 'Super 4'

Ammar Hakim 24/05/2022 | 11:19 MYT
Malaysia yang bermula dengan langkah kanan dalam saingan Piala Asia setelah menang 7-0 ke atas Oman berjaya meneruskan momentum itu dalam pertemuan getir dengan Korea Selatan.
Malaysia memburu kemenangan kedua untuk kedudukan yang lebih selesa dan perlawanan sengit sebaik bermula.
Korea Selatan mendapat pukulan sudut penalti namun gagal menyempurnakannya sebaliknya Malaysia yang membuka jaringan menerusi gol padang Nursyafiq Sumantri pada minit ke-11.
Enam minit kemudian giliran Razie Rahim pula menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk gol kedua Malaysia.
Korea selatan tidak berdiam diri dan berjaya merapatkan jurang dengan gol pertama mereka menerusi Yang Jihun.
Nursyafiq menjaringkan gol keduanya dua minit dan gol ketiga Malaysia menerusi gol padang.
Minit ke-31, giliran Ashran Hamsani pula meledak gol keempat Malaysia menerusi pukulan sudut penalti.
Tapi Korea Selatan enggan menyerah apabila terus memberikan tekanan mengejar kedudukan hasil gol Jang Jong-hyun.
Kelekaan benteng pertahanan negara kemudiannya dihukum lagi dengan jaringan Kim Sung-hyun untuk merapatkan kedudukan sebelum Razie sekali lagi bijak menyumbat gol kelima sekaligus memastikan kemenangan skuad negara.
;