HOKI
Hoki Piala Asia: Korea Selatan buat Malaysia gigit jari
MALAYSIA 1 KOREA SELATAN 2
Korea Selatan membuatkan skuad hoki Malaysia berputih mata untuk menamatkan kemarau 40 tahun dinobatkan juara Piala Asia apabila lebih unggul dalam pertemuan final di Jakarta, sebentar tadi.
Kemenangan 2-1 di di Stadium Hoki Gelora Bung Karno itu merupakan kejayaan kelima buat Korea Selatan, sekali gus membiarkan barisan kendalian Arul Selvaraj terpaksa berpuas hati untuk mengulangi dalam edisi 2017 di Dhaka, Bangladesh.
Iklan
Dalam usaha Malaysia mengintai kejuaraan sejak mengungguli edisi sulung, Korea Selatan terlebih dahulu di depan menerusi tolakan gol padang Jung Manjae pada minit ke-17.
Ia tetap tidak menggoyahkan keyakinan The Malaysia Hockey Tigers apabila segera menyamakan kedudukan 1-1 menerusi pertahanan, Syed Syafiq Syed Cholan, pada minit ke-25.
Namun, kem negara tersentak sebaik pemain tengah juara lima kali itu, Hwang Taeil, yang menyudahkan kesempatan pada minit ke-52.
Malaysia yang makin rancak mengatur serangan mula terasa bahang tekanan apabila beberapa peluang menarik di depan gawang gagal diterjemahkan hingga menyaksikan beberapa pemain negara dilayangkan kad kuning dalam suku keempat.Min dah ulang banyak kali save ni! Come on Malaysia! pic.twitter.com/27ZxKbvYx9— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 1, 2022
Malah, Hafizuddin Othman bertindak cemerlang untuk memastikan peluang Malaysia terus bernyala selepas penjaga gol itu menampan satu peluang penalti stroke lawan.
Dan tuah terus tidak memihak Malaysia apabila satu percubaan kencang dalam situasi kelam kabut di depan gawang Korea Selatan ketika permainan berbaki tujuh saat juga tidak berhasil.
Bangun Malaysia!Tiada apa yang perlu dimalukan. Bangun semua, naib juara Piala Asia 2022 @ASTROARENA pic.twitter.com/wfNyMxDB32— Bazly.azmi (@bazlyazmi) June 1, 2022
Must-Watch Video