Skip to main content

Sukan Lain

Hoki Piala Asia: Kebangkitan Korea Selatan padam kemaraan Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-kore.jpg
Dua gol Korea Selatan di penghujung permainan meranapkan impian Malaysia melangkah ke final Kejohanan Hoki Piala Asia. 

Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila mendahului menerusi gol Fitri Saari pada minit kesembilan, namun Korea bangkit menyamakan menerusi Kim Hyeon-hong yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-24. 

Kelebihan kembali memihak Malaysia apabila Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi kembali meletakan The Speedy Tigers mendahului 2-1 sebelum menuju ke bilik persalinan bagi rehat separuh masa. 

Malaysia terus unggul di awal separuh masa kedua, gerakan cemerlang pukulan sudut penatli yang dijaring Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan menyaksikan mereka mendahului dengan kelebihan dua jaringan.

Ketika Malaysia kelihatan sudah selangkah menang, Korea mendapatkan gol kedua menerusi Oh Se-yong sebelum dua lagi jaringan pada minit ke-50 dan 51 daripada Lee Jung-jun dan Hyeon-hong meranapkan aspirasi Malaysia ke pentas final.

Advertisement

Must Watch Video