Selepas kandas dengan kehebatan tuan rumah menerusi aksi super fours Piala Asia 2025, skuad The Speedy Tigers kini berdepan misi getir untuk memastikan slot ke perlawanan akhir berada dalam genggaman.
Menanti kem negara dalam penentuan tersebut adalah Korea Selatan yang terdahulu seri 2-2 dengan India, sekali gus memberi nafas baru buat Malaysia untuk menghidupkan semula misi ke pentas akhir.
Ketua jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh, percaya meskipun kem negara telah menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam aksi lalu, namun anak buahnya perlu segera dipersiapkan kerana lawan mereka pasti turun dengan rencana yang lebih baik untuk merencatkan peluang itu.
"Kami mencipta banyak peluang jaringan dan perlu menfaatkannya.
"Yang penting kami bertahan dengan baik.
"Kami kena menang, kalau ada peluang harus lancarkan serangan," katanya menjelang pertemuan di
Rajhir Bihar, India, malam esok itu.