Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Asia B-18: Kejayaan tempat ketiga bukti program negara di landasan tepat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-b-18-malaysia.jpg
Selepas perjuangan selama 11 hari, perjalanan skuad hoki remaja berakhir dengan mengesahkan tempat ketiga saingan Piala Asia B-18 2025 hasil menumpaskan Bangladesh 5-2 dalam perlawanan terakhir di China.

Lantas, ketua jurulatih hoki B-18 negara, mohd Sufian Mohamad, amat berbangga dengan prestasi anak buahnya dalam aksi terakhir susulan kemenangan besar ke atas Bangladesh.

Pasukan negara menempatkan diri di ranking kedua Kumpulan B menerusi tiga kemenangan, satu seri dan hanya kalah sekali iaitu menentang Jepun dalam perlawanan keempat sebelum kecundang di tangan Pakistan di pentas separuh akhir menerusi penalti shoot out.




"Kami mengambil cabaran untuk pergi jauh dan kami telah buktikan bahawa program hoki di Malaysia di landasan tepat. 

"Saya harap kejohanan ini menjadi batu loncatan buat anak-anak muda ini untuk pergi lebih jauh," kata ketua jurulatih hoki B-18, Sufian Mohamad.
 

Advertisement

Must Watch Video