Selepas skuad negara mencatatkan kemenangan cemerlang 4-1 ke atas Bangladesh dan Korea Selatan, kini The Speedy Tigers berada di puncak Kumpulan B, Kejohanan Hoki Piala Asia, dengan kutipan enam mata sekali gus menjadi pasukan pertama berjaya melayakkan diri ke saingan Super Fours.
"Untuk aksi esok penambahbaikkan adalah pada aspek serangan, kami baru beraksi dua perlawanan dan hanya mencipta dua jaringan daripada pukulan sudut penalti.
"Aksi esok adalah medan penambahbaikan untuk aspek serangan," katanya.
Namun, skuad negara perlu mengharungi aksi pelengkap jadual kumpulan bertemu Chinese Taipei yang masih bergelut untuk mencatat kemenangan pertama dan berada di kedudukan tercorot kumpulan Ketika ini.
Walaupun di atas kertas Malaysia mampu mencatatkan kemenangan dengan mudah, namun kapten, Syed Shafiq Syed Cholan, menyifatkan ada beberapa lompong yang masih perlu ditambah baik terutamanya di bahagian serangan selepas hanya berjaya meledakkan dua pukulan sudut penalti dalam dua aksi.
"Kami pasukan pertama layak ke Super Fours selepas menewaskan Bangladesh dan Korea Selatan, pemain dalam keadaan terbaik." tambahnya.