Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Malaysia Tigress akhiri saingan di tangga kelapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hokiwanita_2.jpg
MALAYSIA 2 SCOTLAND 4

Skuad hoki wanita negara tewas 4-2 kepada Scotland untuk mengakhiri saingan di tempat kelapan Sukan Komanwel Gold Coast 2018 hari ini.


Malaysia turun dalam misi untuk mengekalkan pencapaian tempat ketujuh dalam temasya Glasgow empat tahun lalu.

Seawal minit keempat, skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu dikejutkan dengan gol pembukaan Scotland menerusi gol padang Millie Brown. 

Tersentak, Malaysia cuba menyamakan kedudukan, namun Scotland mudah menyekat tentangan skuad negara sebelum Amy Brodie berjaya memperdayakan penjaga gol, Farah Ayuni Yahya, untuk meledak dua jaringan dalam suku kedua perlawanan. 

Harapan skuad negara kembali cerah apabila berjaya menyempurnakan dua pukulan sudut penalti untuk merapatkan jurang dengan Scotland 2-3 dalam separuh masa kedua.

Namun, kegembiraan anak buah Dhaarma tidak lama apabila pasukan ranking ke-18 dunia itu menambah duka dengan gol keempat menerusi Lucy Lanigan hasil gol padang dalam suku terakhir. 

Masa kian suntuk untuk Malaysia terus memburu gol dan akhirnya terpaksa akur tewas 4-2, sekali gus menduduki tempat kelapan secara keseluruhan.

"Kami gagal mempamerkan permainan yang cemerlang sejak permulaan perlawanan. Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh pemain-pemain negara hingga dihukum dengan tiga jaringan awal," kata Dhaarma.

Advertisement

Must Watch Video