Skip to main content

Hoki

Hoki: KHM-Arul Selvaraj perlu segera tentukan hala tuju

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arul-selvaraj.jpg
Bekas pengurus Skuad Projek Khas, I Vikneswaran, menganggap sudah tiba masanya Arul Selvaraj mengundurkan diri secara terhormat daripada Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) setelah skuad hoki lelaki kebangsaan gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Jelasnya, The Speedy Tigers gagal melakukan penyudah dengan baik ketika memiliki peluang terhidang meskipun bermain dengan baik dalam kempen Kejohanan Kelayakan Olimpik di Oman.

Tempoh empat tahun bakal diperlukan untuk menyaksikan skuad negara kembali dalam percubaan melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles. 

"Pemain sendiri juga pastinya tidak mahu perkara ini berlaku. Hakikatnya, kita terpaksa menunggu empat tahun lagi. 





"Arul perlu berbincang dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik. 

"Mereka harus merencana apa yang mereka mahukan, sama ada meneruskan (kontrak) atau berpisah," katanya.

Skuad negara menamatkan saingan dalam kedudukan tercorot Kumpulan A setelah tewas kepada China, Great Britain serta seri dengan Pakistan.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video