Skip to main content

Hoki

Hoki kebangsaan guna kepakaran bekas jaguh Australia

glen-turner.jpg
Dua bekas penyerang Piala Dunia Australia, Glenn Turner dan Kieran Govers, dilantik bagi membantu persiapan skuad hoki negara menjelang Sukan Asia September ini.

Ketua jurulatih kebangsaan, Arul Selvaraj, berkata pelantikan itu dibuat hanya untuk tempoh menjelang ke temasya tersebut, namun tetap tidak menafikan harapannya untuk mereka kekal bagi tempoh yang lebih panjang.

"Ini kali kedua mereka datang ke sini. 

"Kehadiran mereka penting atas pengalaman mereka untuk memenangi perlawanan.






"Kedua-duanya pakar daripada segi kawasan menyerang. 

"Turner pakar di kawasan 6 meter di depan penjaga gol, manakala Govers dari belakang. 

"Selebihnya adalah berkenaan konsep latihan," katanya di Buit Jalil.

Sementara itu, penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari, teruja dengan kehadiran kedua- dua pemain handal tersebut dan terbuka untuk menerima peluang mempelajari lebih banyak maklumat yang bakal mereka salurkan. 

"Mereka adalah juara Piala Dunia, banyak yang boleh dipelajari sebelum Sukan Asia," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video