HOKI

Hoki: Fitri Saari tekad guna peluang sebaik mungkin

Shaiful Shamsudin 01/07/2023 | 11:34 MYT
Pemain sensasi yang juga merupakan nadi penggerak jentera serangan Terengganu Hockey Team (THT), Fitri Saari, yakin dengan kemampuan dan pengalaman yang ada dalam dirinya mampu buat dia bersaing bersama pemain muda untuk kekal dalam skuad The Speedy Tigers.
Dia baru kembali dalam skuad utama negara dan bersedia mengukuhkan tempatnya menjelang kempen Kejohanan Trofi Asia (ACP) di Chennai, India, Ahad depan, disusuli Sukan Asia 2023.
Bagi Fitri, kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj, selepas tiga tahun tercicir perlu digunakan sebaik mungkin agar karier cemerlangnya dapat diteruskan.
"Satu pengalaman yang bagus untuk saya yang sudah lama tidak beraksi di peringkat antarabangsa dan pasukan.
"(Apatah lagi) Korea Selatan yang merupakan pencabar kita di peringkat Asia di samping Jepun, Pakistan dan India.
"Saya mampu menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan.
"Kalau diberikan peluang lagi, saya akan berikan yang terbaik dalam ACP dan Sukan Asia.
"Apa pun, saya kena berikan 100 peratus dalam latihan dan perlawanan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
#Hoki #Fitri Saari
;