Skip to main content

Sukan SEA

Hoki Dalam Dewan: Malaysia bakal cipta sejarah tersendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

24817najibabuhassan_1.png
Kapten skuad hoki dalam dewan negara, Najib Abu Hassan, mengakui pasukannya berada di landasan terbaik untuk mencipta sejarah selaku negara pertama meraih emas di pentas Sukan SEA selepas cemerlang mengharungi saingan peringkat kumpulan.

Sukan hoki dalam dewan dipertandingkan buat kali pertama dalam temasya dwitahunan ini.

Dengan Malaysia selaku tuan rumah dalam kempen kali ini, skuad negara cemerlang mengharungi peringkat kumpulan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Ia menerusi rekod lima perlawanan tanpa kalah dan terbaru, menundukkan Singapura 4-0 malam tadi.

Bertemu Indonesia dalam perlawanan akhir, skuad bimbingan Mohd Amin Rahim itu mempunyai potensi besar untuk meraih emas.

Ini berdasarkan kemampuan mereka menundukkan lawan sama pada peringkat kumpulan dengan keputusan 6-2 sebelum ini.

"Kami memberikan tumpuan untuk ke final. Apa yang telah kami lakukan adalah mengekalkan gaya permainan dan mengelak daripada melakukan kesilapan," kata Najib.

Keyakinan turut disuarakan Amin yang menjanjikan pendekatan taktikal berbeza untuk aksi final, esok.

"Saya yakin kami mampu meraih emas. Kami akan cuba yang terbaik dalam final nanti," katanya.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video