HOKI
Hoki: Arul Selvaraj positif perkembangan strategi baru The Hockey Malaysian Tigers
Ketua jurulatih hoki kebangsaan, Arul Selvaraj, berpuas hati dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan anak buahnya sepanjang siri persahabatan antarabangsa bersama Korea Selatan, minggu lalu.
Walaupun hanya mencatat satu kemenangan, dua kali seri dan satu tewas daripada empat perlawanan, Selvaraj berkesemoatan menguji tahap persediaan individu.
"Secara keseluruhannya, saya gembira dengan persembahan individu yang menjadi fokus utama di Korea Selatan yang merangkumi kepekaan dan keserasian.
Iklan
"Ia latihan pusat yang pertama yang kami cuba terapkan sistem baru permainan yang memerlukan pemain muda memiliki kekuatan fizikal untuk kami selesa dengan sistem baru ini," katanya di Bukit Jalil.
The Speedy Tigers yang bakal menggalas cabaran dalam Trofi Juara-Juara Asia 2023 pada Ogos depan tampak sudah bersedia dengan perancangan rapi dan latihan intensif yang akan bermula 6 Julai ini.
"Tumpuan kami yang seterusnya ialah aspek serangan pukulan sudut penalti dan bertahan.
"Selain itu, pemain nampak selesa dengan corak permainan sebegini dan kami sekali lagi akan mendapatkan khidmat dua bekas penyerang Piala Dunia Australia, Glenn Turner dan Kieran Govers, selama seminggu," katanya lagi.
Must-Watch Video