Skip to main content

Sukan Asia

Hoki: Anak buah Dhaarma Raj diikat Afrika Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-wanita_15.jpg
AFRIKA SELATAN 1 MALAYSIA 1

Skuad hoki wanita bimbingan Dhaarma Raj Abdullah terus buntu mencipta kemenangan di peringkat Kumpulan A selepas terikat 1-1 dengan Afrika Selatan di Pusat Hoki Gold Coast, hari ini. 


Tunduk di tangan India 4-1 dalam aksi pertama, Malaysia tampil garang bertemu Afrika Selatan. 

Malangnya, jaringan yang dicari gagal terhasil dalam suku pertama dan pada suku kedua, pasukan negara terus gagal memecah kebuntuan. 

Kelekaan Afrika dalam suku ketiga, bagaimanapun, dimanfaatkan Malaysia untuk menyumbat gol pembukaan menerusi Nuraslinda Said. 

Namun, kelebihan itu tidak kekal lama apabila Afrika Selatan membalas dengan gol penyamaan dalam suku keempat menerusi Nicolene Terblance untuk memaksa skuad negara akur berkongsi satu mata. 

Malaysia akan menghadapi England pada Isnin ini sebelum bertemu Wales dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, Rabu nanti. 


 

Advertisement

Must Watch Video