HOKI
Hoki ACT: The Speedy Tigers kekal momentum kemenangan
CHINA 1 MALAYSIA 5
Selepas perlawanan pembukaan yang meyakinkan menerusi kemenangan ke atas juara tiga kali kejohanan, Pakistan, malam tadi, kem kendalian Arul Selvaraj itu terus bernafsu memburu kemenangan kedua 5-1 dalam saingan liga sepusingan Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia di Chennai, sebentar tadi.
Namun, jangkaan awal yang meletakkan kem negara sebagai pasukan pilihan benar-benar meleset apabila China terlebih dahulu mencipta jaringan pembukaan hasil kawalan bola yang cukup menarik daripada Chongcong Chen.
Iklan
Belum sempat lawan mendabik dada, kem negara mengikat kedudukan dengan Faizal Saari membuka akaun jaringannya dalam kejohanan kali ini.
Dan belum sempat menghelakan nafas lega, Faizal sekali lagi menjadi arkitek jaringan The Speedy Tigers dengan kali ini umpanannya disempurnakan oleh Azrai Abu Kamal untuk Malaysia mendahului 2-1.
Pemain Terbaik Perlawanan semalam, Firhan Ashaari, turut tidak ketinggalan untuk mengukuhkan namanya selaku antara penjaring terbanyak menerusi dua ledakan gol padang untuk Malaysia di depan 4-1 disusuli jaringan kelima negara oleh Najmi Jazlan.
Must-Watch Video