HOKI

Hoki ACT: Malaysia ke final buat julung kali

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
11/08/2023
15:14 MYT
Sponsor Banner
Hoki ACT: Malaysia ke final buat julung kali
MALAYSIA 6 KOREA SELATAN 2
Malaysia memberikan persembahan jitu untuk memastikan tiket final Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara (ACT) 2023 dengan menjinakkan Korea Selatan 6-2 dalam pertembungan separuh akhir di Chennai, India, sebentar tadi.
Selepas dihampakan dalam lima percubaan terdahulu, corak taktikal 3-2-3-2 yang diterapkan ketua jurulatih, Arul Selvaraj, menampakkan hasil untuk menghukum Korea Selatan di Stadium Hoki Mayor Radhakrishnan -- sungguhpun sekadar memang tipis di peringkat liga sepusingan, kelmarin -- seterusnya bakal membuat penampilan pertama dalam final, malam ini.
Namun, kejayaan itu tidak hadir dengan mudah apabila mereka dihukum oleh jaringan padang oleh Ji Woo Cheon seawal minit ke-2.
Namun, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal memulakan kebangkitan selepas itu sebelum tiga pukulan sudut penalti diterjemahkan oleh Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Faizal Saari dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan disusuli dua jaringan padang oleh Shello Selvirius.
Penjaga gol The Speedy Tigers, Muhammad Hafizuddin Othman, diangkat selaku Pemain Terbaik Perlawanan berikutan kecemerlangan menafikan percubaan demi percubaan lawan termasuk penalti stroke sementara penjaring gol pembukaan Malaysia, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, diumumkan Pemain Muda Terbaik perlawanan.
Malaysia bakal bertemu India yang mengatasi Jepun 5-0, sekaligus menjadi peluang buat skuad negara membalas kekalahan 5-0 ke atas gergasi Asia itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video