HOKI

Hoki ACT: Malaysia akhiri liga sepusingan dengan nota positif

Shaiful Shamsudin 09/08/2023 | 15:00 MYT
MALAYSIA 1 KOREA SELATAN 0
Ketua jurulatih negara, Arul Selvaraj, menyenaraikan hampir separuh muka baru seperti Khaliq Amin, Muhajir Abdu Rauf dan Shafiq Hassan dalam aksi terakhir peringkat liga sepusingan, Trofi Juara-Juara Asia 2023 di Chennai.
Bagaimanapun, Razie Rahim dan Marhan Jalil tetap menjadi tunjang pasukan ketika membenam Korea Selatan 1-0, sebentar tadi.
Segalanya tampak seimbang bagi kedua-dua pasukan tetapi tiada jaringan diperolehi dalam suku pertama pertemuan terakhir liga sepusingan itu.
Begitupun, segalanya berubah dalam suku kedua dengan Malaysia memecah kebuntuan melalui gol padang Azrai Abu Kamal.
The Speedy Tigers sepatutnya menambah jaringan kedua apabila dihadiahkan pukulan sudut penalti, namun ditepis penjaga gol Korea Selatan, Kim Jaeh Yeon.
Malah, Jaeh Yeon turut menafikan percubaan Fitri Saari dan suku ketiga berakhir tanpa gol untuk kedudukan masih memihak Malaysia.
Suku keempat beerlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan cuba untuk mengubah keputusan terutama Korea Selatan yang mahu mencari gol penyamaan, tetapi ketumpulan serangan memastikan kedudukan kekal 1-0 hingga wisel penamat.
Malaysia dan Korea Selatan akan kembali berentap dalam aksi separuh akhir, dua hari lagi.
#Hoki #Trofi Juara-Juara Asia 2023
;