SUKAN SEA

Ho Ying mahu ke luar negara

Penulis Jemputan 05/08/2019 | 12:54 MYT
Pemain ping pong wanita negara, Ho Ying, meminta agar Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) menimbangkan hasratnya untuk berlatih di luar negara menjelang Sukan SEA Filipina, November depan.
Sebelum ini, TTAM mendatangkan dua rakan sepelatih dari China selama dua minggu bagi membantu persiapan atlet.
Bagaimanapun, pemenang pingat gangsa acara beregu wanita Sukan Komanwel Gold Coast 2018 itu tidak dapat memanfaatkan situasi itu apabila hanya diberikan sekali peluang untuk berlatih bersama mereka.
Beberapa pemain ping pong negara seperti Ashraf Haiqal Rizal dan Leong Chee Feng akan berlatih dan menyertai liga di luar negara.
"Saya rasa, jika diberikan peluang, saya mahu mencuba di luar negara.
"Sebab saya boleh memperbaiki prestasi saya di sana.
"Liga di sana berlangsung setiap minggu.
"Semakin sukar lawan, semakin tinggi kemahiran anda.
"Jadi, saya harap dapat ke sana juga," katanya.
Tambah Ho Ying, dia masih belum mendapatkan keserasian bersama pasangannya, Karen Lyn.
"Saya bergandingan bersama Karen.
"Tetapi tahun ini, mereka perlu buat pemilihan.
"Macam hari itu, masa kejohanan sebelum ini, saya tidak bergandingan dengan Karen," tambahnya.
;