Misi peribadi Azizulhasni di Paris gagal direalisasikan apabila tersingkir di pusingan pertama acara keirin.
The pocket rocketman juga telah mengumumkan persaraannya daripada sukan tersebut ketika ditemubual oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam ketika di Paris tempohari.
Selepas tiba di Malaysia, Azizulhasni menjelaskan dia memerlukan masa, mahu berbincang dengan keluarga samada untuk meneruskan keputusan bersara atau sebaliknya.
‘Hidup mati saya untuk sukan ni, bahkan in certain situation keluarga saya letak no 2’
— FinaNasrom (@fnasrom) August 13, 2024
Datuk Azizul Hasni Awang, perlukan masa, berbincang dengan keluarga semada teruskan keputusan bersara atau sebaliknya.@ASTROARENA pic.twitter.com/eI48JFJbmd
Azizulhasni ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas baru sahaja tiba dari Paris sebentar tadi.