Perdebatan hangat berlaku.
Lima daripada sembilan ahli gabungan mendesak Persatuan Olahraga Selangor (POS) mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa selepas hilang kepercayaan terhadap presiden, Nurhayati Karim.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelihatan 'panas' apabila insiden bertikam lidah terjadi di antara wakil lima ahli gabungan dan bekas atlet kebangsaan itu.
Katanya, mereka mahu POS bertukar pucuk kepimpinan dengan sokongan kini terarah semula kepada bekas Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk SM. Muthu.
"Ada beberapa persoalan daripada pihak perwakilan yang meminta penjelasan.
"Dan saya telah menjelaskannya dan mereka sudah faham.
"Sebulat suara menyokong saya untuk meneruskan kepimpinan dengan meletakkan aspirasi pembangunan olahraga Selangor lebih penting.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsep di sini satu keluarga," kata Nurhayati Karim.
"Dalam sembilan daerah, lebih kurang enam atau lima menyokong saya.
"Tetapi kami ikut peraturan dan mendapati terdapat kesilapan berlaku.
"Kami akan berlawan untuk jawatan presiden, itu sahaja.
"Kami mohon untuk mengadakan EGM, tetapi meminta untuk membuat AGM.
"Oleh itu, kami kena bersabar dan kami membangkitkan hal itu.
"Kami beri masa sehingga dua bulan untuk menyelesaikan, jika tidak kami akan mengambil tindaka," kata Datuk SM. Muthu.