Jurulatih skuad boling padang negara, Zuraidi Puteh, meluahkan hasratnya untuk melihat Nor Hashimah Ismail menjadi seorang jurulatih negara suatu hari nanti berdasarkan keupayaannya yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada ramai pemain muda dalam skuad kebangsaan.
Menurut Zuraidi, buat masa ini dia dan ketua jurulatih, Simon Botha, akan terus mengendalikan skuad negara walaupun tiada sebarang kejohanan besar yang akan dilalui sebelum Sukan SEA Filipina tahun depan.
Ditanya sebarang tambahan tenaga jurulatih, terutama dalam kalangan wanita, Zuraidi melihat ia bukan satu keperluan yang krtikal walaupun Hashimah pernah meluahkan hajat mahu menjadi jurulatih selepas gagal ke Sukan Komanwel bulan lalu.
"Buat masa sekarang, Hashimah masih lagi dalam pasukan negara dan jika ditanya siapa pemain negara yang boleh diketengahkan (untuk menjadi jurulatih), saya nampak Hashimah.
"Dia adalah pemain yang sangat baik dan jika diberi peluang, sudah tentu dia akan menjadi jurulatih yang sangat baik juga," ujarnya.
Dalam pada itu, Zuraidi mengesahkan bakal memikul dua peranan dalam satu masa selepas dilantik secara rasmi sebagai ketua jurulatih boling padang Sarawak.
Memberi jaminan tidak mengganggu kerja hakikinya, ia juga bertujuan membantu perkembangan sukan boling padang yang masih dianggap asing di Sarawak.
"Ia satu dimensi baru dalam sukan boling padang di mana mereka memerlukan sesuatu yang baru untuk meningkatkan mutu sukan ini, terutama di Sarawak.
"Perjanjian yang dilakukan di antara ISN (Institut Sukan Negara) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak ialah apabila tugasan negara diperlukan untuk jurulatih, jurulatih akan memberi perkhidmatan untuk negara terlebih dahulu," katanya lagi.