Persekutuan Renang Malaysia (MAS) menegaskan bahawa semua atlet yang beraksi dalam ujian pemilihan terjun kebangsaan perlu melepasi skor kelayakan minimum (MQS) yang telah ditetapkan, tanpa sebarang pengecualian.
Ini membuktikan satu pendekatan yang menekankan ketelusan dan piawaian tinggi dalam proses pemilihan ke skuad kebangsaan.
Setiausaha Agung MAS, Andy Low berkata, ujian ini bukan sekadar proses saringan biasa, sebaliknya ia adalah medan sebenar untuk menilai tahap kompetitif atlet dari seluruh negara, terbuka kepada atlet kebangsaan mahupun pelapis negeri.
"Setiap penerjun diberi peluang untuk mencapai MQS dalam tiga kejohanan setahun dengan syarat harus melepasi dua daripada tiga.
"Ada skor yang perlu dicapai berdasarkan skala yang ditetapkan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
Langkah tersebut perlu dikemudikan sebaiknya dengan fokus utama memberi penekanan kepada mana-mana atlet untuk memiliki sasaran jelas sebelum melayakkan diri dalam skuad kebangsaan bertanding di peringkat antarabangsa.
Tegasnya, status sebagai atlet kebangsaan tidak akan menjamin slot secara automatik ke dalam senarai bertanding mewakili negara.