Skip to main content

Sukan Lain

Harun harap namanya dibersihkan ekoran kes doping

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harun-rasheed.jpg
Bekas ketua jurulatih olahraga negara, Harun Rasheed, mohon campur tangan Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk membersihkan namanya selepas digantung 10 tahun ekoran tuduhan terbabit kes doping pada 2011.

Tindakan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) menggugurkan Datuk Karim Ibrahim sebagai ahli majlis badan induk itu membuka lembaran baru buat Harun.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) itu didakwa tidak sesuai memegang jawatan IAAF selepas mendapat laporan daripada agensi berita Jerman mengenai dakwaan peranannya dalam kes doping pada 2011.

Ia sekali gus menghidupkan peluang Harun untuk membersihkan namanya.

"Saya hanya menunggu masa mana-mana pihak secara rasminya membangkitkan isu ini seperti Institut Sukan Negara (ISN) atau PJS, barulah saya boleh ulas. 

"Kalau mereka ingin saya berikan keterangan, saya bersedia tetapi bukan sekarang. 

"Kalau mereka menghubungi saya, maka saya akan bekerjasama," ujarnya. 

Selain Harun, lima atlet olahraga, iaitu kuartet 4x100m wanita dan pelari pecut lelaki, Mohamad Nor Imran Hadi, digantung dua tahun atas dakwaan enggan menjalani ujian doping.



 

Advertisement

Must Watch Video