Skip to main content

Sukan Lain

Harrif alami retak tulang belakang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

6717nasiruddin.jpg
Pelumba lebuhraya negara, Mohd Harrif Salleh, disahkan mengalami keretakan tulang belakang selepas mengalami kemalangan ketika beraksi dalam Jelajah Korea Selatan, bulan lalu.

Kemalangan itu menyebabkan pelumba pecut Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) itu tidak selesa menjalani sesi latihan.

"Dia mengalami keretakan di sebelah kiri tulang belakang tetapi kecederaan itu tidaklah berapa serius," kata Ketua Pegawai Operasi TSG, Nasiruddin Wan Idrus.

Pemenang dua pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 itu telah melalui ujian imbasan dan Institut Sukan Negara (ISN) terpaksa memanggil pihak pengurusan TSG untuk membincangkan masa depan pelumba itu.

"Bagi memastikan dia berada di tahap terbaik untuk persiapan Sukan SEA, kami berbincang dengan ISN untuk menetapkan tarikh baru bagi Harrif menjalani latihan di Melbourne bersama pelumba TSG yang lain."

Bagaimanapun, peluang buat pelumba berusia 28 tahun itu untuk tampil dalam Sukan SEA, 19-30 Ogos ini, masih belum tertutup.

Ditanya sama ada Hariff masih menjadi sandaran sebagai pakar pecut utama negara dalam temasya itu, ini penjelasan Nasiruddin:

"Buat masa sekarang, kami masih lagi meletakkannya sebagai pelumba pecut utama negara.

"Bagaimanapun, kami masih lagi ada pelumba sokongan seperti Anuar Manan dan tiga pelumba lain untuk mengambil alih tugas Hariff sekiranya dia tidak cergas."

Advertisement

Must Watch Video