11 Ogos merupakan hari terakhir untuk mengundi di 'The Esports Awards' edisi ke-10 di mana permainan video kegemaran ramai, Mobile Legends Bang Bang (MLBB) telah dicalonkan untuk anugerah 'Esports Game of the Decade'.
Turut bersaing untuk anugerah yang sama ialah permainan video terkemuka seperti Dota 2, Valorant, League of Legends dan Counter Strike.
Dalam pada itu, syarikat penerbit MLBB, Moonton juga telah disenaraikan untuk anugerah 'Esports Publisher of the Decade' bersama syarikat gergasi yang lain seperti Riot Games, Electronic Arts (EA) dan juga syarikat permainan video Player Unknown Battleground (PUBG) iaitu Tencent.
Manakala kejohanan berprestij permainan video MLBB, Kejohanan Dunia M5 telah berjaya dicalonkan untuk anugerah 'Esports Live Event of the Decade' di mana wakil Malaysia, Team SMG dan Homebois tewas di peringkat kumpulan dan pasukan AP.Bren dari Filipina meraih kejuaraan.
Untuk rekod kali pertama anugerah ini berlangsung adalah pada 2016 dan tahun 2025 bakal menjadi anugerah mereka yang sedekad untuk meraikan legasi E-sukan yang makin berleluasa di peringkat global.
Undian boleh dilakukan sehingga 11 Ogos 2025 di laman sesawang rasmi Esports Awards https://esportsawards.com/vote/