Upacara tahunan yang dinanti-nantikan setiap Sabtu pada minggu kedua Oktober -- Hari Sukan Negara (HSN) kembali lagi!
Sambutan HSN yang diperkenalkan pada 2015 sudah mula menampakkan hasil untuk memupuk pengamalan gaya hidup sihat menuju ke arah negara bersukan.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, turut mengingatkan bahawa kerajaan telah memberi pelepasan cukai sehingga RM1,000 dalam Belanjawan 2024 untuk peralatan, yuran kejurulatihan dan bayaran fasiliti sukan.
HSN dengan tarikan penganjuran sukan di Persekitaran Putrajaya serta sambutan seluruh negara kecuali Sarawak berupaya menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih berkualiti.
"Saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah keluar untuk bersenam.
"Kami dapat tarik penyertaan 4.5 juta orang. Saya mahu mengingatkan biarlah ini adalah gaya hidup dan teruskan bersenam.
"Kita ada 103 jenis sukan yang telah diwartakan (agar) setiap seorang ada satu jenis sukan (yang dijalani).
"Sila gunakan insentif (pelepasan cukai) ini.
"Semestinya KBS mengharapkan bajet lebih besar supaya dapat melaksanakan lebih banyak lagi program sukan dan belia," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.