Putrajaya meriah dengan penuh keseronokan selepas beribu-ribu rakyat Malaysia berkumpul bagi meraikan kepulangan Hari Sarapan Milo Malaysia 2025 yang dinanti-nantikan.

Lebih 23,000 ribu pelari dan 13,000 ribu termasuk rakan dan keluarga daripada semua peringkat usia mengambil bahagian pada hari penuh aksi yang dipenuhi aktiviti yang memberikan tenaga, malah diserlahkan oleh ikoniknya Milo Breakfast Run.

Susulan ulang tahun MILO ke-75 di Malaysia, MILO meneruskan misi untuk menyuburkan tenaga dan cita-cita negara, menyemarakkan semangat Malaysia sepanjang legasinya yang terus kekal sejak dahulu lagi dengan program sukan akar umbi kepada mempromosikan gaya hidup lebih sihat dengan kebaikan yang berkhasiat.

Sejak penubuhan pada tahun 2013, MILO Malaysia Breakfast Day telah menyatukan lebih setengah juta rakyat Malaysia dalam sambutan hebat untuk permulaan hari yang berkhasiat -melangkaui aktiviti fizikal yang menggalakkan -dengan memperjuangkan tabiat pemakanan yang sihat, termasuk kepentingan sarapan yang berkhasiat- sambal menyokong gaya hidup yang positif.

Kemuncak acara termasuk larian dimana peserta memulakan hari dengan laluan ejauh 3KM atau 7.5KM dan dialu-aluikan di garisan penamat dengan barisan aktiviti yang bertenanga seperti sesi MILO Fitness Workout termasuk larian Zumba Fitness dan senaman Strong Nation.

Malah, sebuah gerai perundingan pemakanan turut menawarkan pemeriksaan BMI secara percuma dan nasihat peribadi untuk mencapai diet seimbang dan kekal aktif kepada masyarakat yang hadir.

"Menyertai MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 buat pertama kali dan ia merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Sangat memberikan inspirasi untuk melihat begitu ramai orang berkumpul, terutamanya golongan belia, merangkul tenaga MILO®.

"Acara ini mendorong saya untuk terus menyokong gaya hidup sihat dan menggalakkan generasi muda memulakan hari mereka dengan cara yang betul – dengan MILO®." kata Nadhir Nasar, Rakan MILO®.