Skip to main content

Tenis

Harapan Sharapova ke Wimbledon terkubur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maria-sharapova-cropped_1e6rlubybpttb1o2unzs2ly7zw.jpg
Harapan Maria Sharapova untuk kembali beraksi di Wimbledon musnah apabila dia  mengesahkan bakal terlepas kejohanan tersebut gara-gara kecederaan.

Selepas tidak menerima tiket 'wildcard' untuk beraksi di Terbuka Perancis selepas tamat penggantungan 15 bulan kerana  penggunaan bahan terlarang, bekas pemain nombor satu dunia, Sharapova, dilihat akan membuat penampilan dalam kejohanan yang dimenanginya pada tahun 2004.

Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu telah mengesahkan dia terpaksa berehat sehingga penghujung Julai kerana mengalami kecederaan paha.

"Selepas membuat penilaian tambahan, kecederaan otot di bahagian paha saya telah memaksa saya terlepas untuk beraksi di Wimbledon buat musim ini," kata Sharapova.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Lawn Tenis (LTA) kerana memberikan sokongan kepada saya untuk kembali beraksi dengan memberikan wildcard untuk kejohanan Terbuka Birmingham.

"Saya berharap dapat membuat penampilan pada tahun hadapan. Saya berharap untuk terus bekerja keras untuk melalui proses pemulihan dan beraksi dalam  kejohanan seterusnya."

Advertisement

Must Watch Video