Olahragawati Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024, Nor Farah Ain, mahu terus mengangkat martabat sukan boling padang dengan berharap pendedahan seawal lapisan sekolah diperkenalkan pada masa akan datang.
Dengan kejayaan merangkul anugerah berprestij khususnya individu pertama daripada arena sukan tersebut, Farah Ain mahu terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selaku pemain terbaik Malaysia.
"Sangat besar buat saya. Pada umur 24 tahun sudah menerima anugerah ini.
"Ini juga untuk seluruh keluarga boling padang Malaysia," katanya ketika segmen temu bual Nadi Arena.
Farah Ain yang merupakan pemain ranking pertama dunia itu menegaskan penat lelah dirinya selama ini berbaloi tatkala pengorbanannya membuahkan hasil.
"Bukan senang untuk tembusi segalanya.
"Perjalanan memasuki 11 tahun menjadi saksi untuk sampai ke tahap ini," tambahnya.
Boling padang kebangsaan merupakan antara kuasa besar Asia dan sentiasa membawa pulangan terbaik dalam kejohanan disertai.
Dan Farah Ain menegaskan bahawa boling padang seharusnya berada pada tahap tertinggi.
"Harapan saya ialah mahu boling padang lebih diperkenalkan.
"Ada impian melihat ada klinik boling padang bermula di sekolah," tambahnya.