SUKAN LAIN
Hanya peserta Program Podium layak terima khidmat percuma ISN
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, menjelaskan hanya atlet Program Podium yang layak menikmati perkhidmatan secara percuma.
Semalam, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memohon kerjasama dengan badan induk itu bagi meringankan beban mereka yang dalam persiapan menghadapi dua kejohanan besar termasuk di peringkat remaja.
Bagi pasukan yang mahukan perkhidmatan lebih spesifik, mereka perlu mengeluarkan bajet sendiri berikutan ISN mempunyai tanggungjawab kepada puluhan sukan lain.
Iklan
"Untuk makluman, terdapat beberapa aturan daripada segi perkhidmatan ISN terutama membabitkan senior hoki lelaki negara yang berada dalam Program Podium.
"Perkhidmatan ISN yang meliputi perubatan sukan, sains sukan dan akses fasiliti dan keperluan kejohanan di luar negara ini diberikan secara percuma oleh ISN melalui peruntukan negara.
"Bagi pasukan yang tiada dalam senarai seperti pasukan hoki remaja lelaki dan wanita, ia berdasarkan perbincangan terdahulu bersama pengurusan KHM.
"Kedua-dua pihak juga sudah bersetuju untuk membiayai perkhidmatan ini.
"ISN juga komited terhadap perkhidmatan yang ditawarkan dalam Program Podium," katanya.
Must-Watch Video