SUKAN-LAIN

Hans Isaac tinggalkan Perbadanan Stadium Malaysia

Stadium Astro
Najmi Iman
18/03/2025
07:56 MYT
Sponsor Banner
Hans Isaac tinggalkan Perbadanan Stadium Malaysia
Secara rasminya Datuk Hans Isaac mengumumkan pengunduran dirinya sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berkuat kuasa 20 Mac ini.
Selama dua tahun berkhidmat, kontraknya telah pun berakhir selaku individu penting mengawal selia segala hal ehwal berkenaan stadium di bawah bidang PSM serata negara.
Menerusi laman Instagramnya, dia mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khususnya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan timbalan, Adam Adli Abd Halim, atas peluang yang diberikan.
“Dengan 20 hasil dan cerita kejayaan dalam tempoh dua tahun di bawah pimpinan saya, saya gembira untuk mengatakan barisan ahli lembaga sudah memberikan yang terbaik untuk PSM dan semua pencapaian yang dilakar.
“Sudah tiba masa untuk saya menerima cabaran baharu di mana harapnya ia akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya.
Selain aktiviti sukan, stadium juga berpotensi menganjurkan konsert yang mampu merekodkan pendapatan lumayan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video