Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembangunan lapan jenis sukan yang berpotensi meraih pencapaian di pentas tertinggi dunia, Sukan Olimpik.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, lapan sukan yang dimaksudkan adalah terjun, renang, badminton, berbasika, trek, memanah, olahraga, skuasy dan taekwondo.
"Selalunya aduan yang kami terima adalah kenapa hanya bola sepak menerima banyak dana kerajaan dalam bentuk sokongan kewangan, tetapi tidak untuk sukan-sukan yang dipertandingkan di Olimpik.
"Jadi kami membuat keputusan untuk mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan bajet untuk pembangunan bakat muda untuk lapan Sukan Olimpik terpilih.
"Kami lihat banyak atlet junior yang pergi (ke Olimpik) nampak ada kekurangan. Mungkin kerana kekurangan dana dan pendedahan.
"Jadi untuk mengatasi masalah ini, kami berikan dana RM20 juta untuk tujuan pembangunan bakat bagi mengenalpasti bakat-bakat di semua peringkat," kata Hannah selepas merasmikan bengkel Program Pembangunan Sukan Olimpik, hari ini.
Dana tersebut tidak akan diagihkan secara sama rata kerana keperluan setiap sukan berbeza.
Angkat berat dan menembak dalam proses rayuan untuk dimasukkan ke dalam program berkenaan.