SUKAN-LAIN

Hannah Yeoh optimis kemampuan Shapawi Ismail jaga kebajikan bekas atlet

Stadium Astro
Hanis Natasya Lizam
10/03/2025
10:38 MYT
Sponsor Banner
Hannah Yeoh optimis kemampuan Shapawi Ismail jaga kebajikan bekas atlet
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, optimis pelantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi penggal baru menggantikan Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed itu mampu meneruskan kecemerlangan sebelum ini.
"Saya memilih Datuk Shapawi kerana dia mempunyai pengalaman luas dan pengetahuan mendalam mengenai atlet di Malaysia.
"Saya juga telah melantik beberapa bekas atlet lain untuk membantu Datuk Shapawi dalam menerajui YAKEB.
"Dengan kepimpinan baharu ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Noorul atas usaha dan jasa dalam memimpin YAKEB selama beberapa tahun.
"Saya percaya kerja baik yang dia lakukan akan diteruskan oleh Datuk Shapawi," katanya.
Dalam pada itu, Hannah yang ditemui pada Majlis Perasmian Stadium Pickleball turut memberi bayangan bahawa sukan ini berpotensi dimasukkan dalam takwim Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada masa akan datang.
Namun, keputusan tersebut bergantung kepada sejauh mana pickleball mampu menempatkan diri sebagai sukan yang popular di Malaysia.
"Saya yakin dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan yang dipromosikan oleh Timbalan Perdana Menteri akan datang, kita akan meluluskan sukan-sukan yang sudah kukuh dan berkembang.
"Namun, pickleball masih baharu, jadi kita akan melihat usaha berterusan dalam membangunkan sukan ini.
"Jika ia mempunyai infrastruktur, aset yang mencukupi, dan bakat yang boleh diketengahkan, maka kita akan menilai potensinya untuk terus berkembang," tambahnya..
Topic Berkaitan
Must-Watch Video