Skip to main content

Sukan Lain

Hannah Yeoh dedah Warzone World Championship tiada kelulusan rasmi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusuf-azmi_1.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mendedahkan bahawa Warzone World Championship (WWC) tidak mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

Menurutnya dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan sebarang penganjuran acara sukan terutama yang melibatkan penyertaan antarabangsa, wajib mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

“Penganjur yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36, Akta 576.

“Kementerian menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan sedia ada bagi memastikan integriti, keselamatan, dan imej sukan negara terpelihara,” menurut kenyataan tersebut.




Kejohanan International Influencer Super Lightweight Champion WWC dijadual diadakan 6 dan 7 Disember depan membabitkan petarung Malaysia dan Indonesia.

Video promosi kejohanan itu mencetuskan perdebatan netizen, apatah lagi turut melibatkan 'campur tangan' petarung One Championship, Johan Ghazali, dengan Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi -- yang bakal bertarung dengan Yunus Martin. 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video