Menteri Belia dan Suka (KBS), Hannah Yeoh menyarankan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) agar lebih efisien dan memilih untuk mewujudkan pendekatan 'hitam-putih' melibatkan insentif tambahan buat atlet bagi menjamin ketelusan terhadap sebarang kenyataan yang dikeluarkan.
Hannah turut mengesahkan tiada sebarang isu penggantungan akan berlaku kepada pemegang pingat emas Sukan Paralimpik Negar, Cheah Liek Hou.
"Saya mahukan MPM menggunakan templat kami yang kami gunakan dalam Program Road To Gold (RTG) untuk memberikan apa-apa ganjaran yang dijanjikan oleh pihak swasta agar perkara ini tidak berlaku lagi.
"Berita baik adalah ada pihak swasta lain yang mahu menambah ganjaran untuk lima atlet paralimpik Paris tahun lepas tetapi sekarang masih dalam perbincangan sebelum diumumkan nanti," katanya.
Namun, Liek Hou perlu memberikan penerangan lanjut berhubung penggunaan istilah 'scam' yang difahamkan merujuk kepada badan induk itu sendiri.
"Saya kita dia mampu menjelaskan posting Instagram dia, saya sendiri menyemak memang ada laporan berita yang mengatakan RM60,000 ganjaran.
"Isu ini sudah satu tahun, bukan Liek Hou sahaja tetapi atlet lain juga akan bertanyakan."tambahnya.