HOKI
Hanis gesa Malaysia bangkit berdepan New Zealand
Pemain skuad hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn, menuntut kebangkitan rakan sepasukan agar kehampaan sama tidak berulang dalam perlawanan menentang New Zealand, esok.
Hanis menerima kekalahan besar 0-9 di tangan Belgium sebagai pengajaran sempurna untuk skuad negara, namun menjadi tanggungjawab pasukan untuk segera bangkit dan tidak terus terjerumus kepada kekalahan memalukan itu.
Memandangkan masih ada perlawanan yang perlu dihadapi, dia dan rakan-rakannya kini perlu meletakkan sasaran untuk lebih bijak mengawal keadaan dalam pertembungan dengan New Zealand kerana bimbang kesilapan yang sama berulang.
Iklan
"Kami akan memberikan saingan sengit ketika berdepan New Zealand. Walaupun mereka berada di ranking kelima, kami tetap akan cuba melakukan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, pemain berpengalaman, Juliani Mohamad Din, turut senada dengan apa yang diperkatakan Hanis.
Tegas pemain itu, Malaysia tidak seharusnya terlalu lama tunduk kepada kegagalan lalu kerana kegagalan itu mampu segera dilupakan andai aksi mendatang merupakan sebuah prestasi cemerlang yang mampu dipamerkan.
Selaku benteng negara, Juliani memberi janji aksi dengan New Zealand mampu berakhir dengan aksi lebih sempurna serta tidak mengulangi kesilapan sama.
Must-Watch Video