Skip to main content

Sukan Lain

Hampir berhenti sekolah, tinggalkan keluarga -- Johan Ghazali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johanghazali.jpg
Ikon kebanggan muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, menceritakan tentang perjalanannya yang penuh berliku untuk bergelar seorang atlet tempur yang membanggakan seluruh Malaysia selepas beberapa siri pencapaian yang menakjubkan.

 Anak kelahiran Sarawak itu tekad memberikan sepenuh perhatian dalam sukan tempur itu disebabkan minatnya yang ingin terus mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, di pentas dunia.

Johan Ghazali atau mesra dipanggil Jojo melakukan perubahan drastik sejurus kekalahan pertamanya kepada wakil Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, yang menyaksikan dia berjanji untuk terus bekerja keras dan mahu menewaskan sesiapa sahaja lawannya selepas ini.

Jojo berkongsi detik sukarnya ketika masih sekolah dan sedang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain harus menumpukan fokus terhadap latihan yang intensif. 

“Bagi Jojo, membazir masa pergi ke sekolah. Jojo jujur sahaja.

“Jojo tak berhenti sekolah disebabkan keluarga.

“Banyak pengorbanan yang dilakukan. Susah untuk mengimbangi masa di antara sekolah dan berlatih.

“Sebelum sesi persekolahan bermula, Jojo perlu joging seawal empat pagi dan selepas waktu pembelajaran Jojo kembali berlatih pada petang hari.

Ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, dalam segmen Pemain Eksklusif, atlet berusia 18 tahun itu turut berkongsi mengenai pengorbanan terbesarnya demi menjadi seorang petinju handalan satu hari nanti.

Detik permulaan apabila beralih ke di Thailand bersama jaguh terkemuka, Superbon Singha Mawynn, menjadi episod baru dalam hidupnya tatkala mendepani pelbagai bentuk latihan yang sangat mencabar. 




Menurut pemilik nama sebenar Suppachai Muensang ini, Jojo tidak seperti petarung muda lain yang sering mencipta pelbagai alasan semata-mata untuk ponteng latihan.

Tambahnya, persepsi Superbon berubah selepas melihat sendiri etika dan disiplin Jojo sepanjang berada di gim miliknya tiga bulan lalu. 

“Jojo sedar selepas pertempuran bertemu Estupinan Jojo akan menghadapi cabaran lebih besar.

“Jadi Jojo harus mulakan persiapan dengan dikelilingi orang-orang yang hebat demi mendapatkan versi terbaik diri Jojo.

“Jojo buat keputusan berpindah ke Thailand dan tinggalkan keluarga," katanya lagi.

Tonton segmen itu secara penuh di Youtube Astro Arena
 

Advertisement

Must Watch Video