Lewis Hamilton membalas kenyataan Helmut Marko yang mencadangkan pemandu Mercedes itu supaya bersara tahun lalu, menyifatkan kata-kata penasihat Red Bull itu 'tidak menghormati' dan berjanji untuk menggunakan sebarang kritikan sebagai pembakar semangatnya.
Hamilton bermula hambar bagi saingan musim 2022 selepas terlepas gelaran kejuaraan pemandu kepada Max Verstappen musim lalu, menamatkan saingan di tempat ke-13 dalam saingan Grand Prix Emilia-Romagna.
Selepas juara dunia tujuh kali itu dilintasi Verstappen di Imola, Marko, yang melakukan sembilan perlumbaan Formula Satu pada era 1970an sebelum mengalami kecederaan mata dalam satu kemalangan, mencadangkan Hamilton supaya tidak lagi berlumba musim ini.
"Hamilton sudah dipintas satu pusingan oleh Red Bull, jadi saya tidak tahu," kata Marko "Mungkin dia seharusnya bersara tahun lalu."
Di ambang perlumbaan saingan GP Miami, Hamilton berkata kata-kata seperti itu hanya meningkatkan motivasinya untuk mendapatkan semula rentak terbaik.
"Orang ramai sentiasa menyukai anda ketika berada di atas, dan suka untuk menjatuhkan lagi anda ketika berada di bawah. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan," kata Hamilton.
"Bagi saya, setiap kritikan digunakan sebagai pembakar semangat. Saya akan mengambil semuanya dan cuba menukarkannya kepada elemen positif supaya dapat bangkit dengan lebih baik. Kami akan bangkit sebagai satu pasukan.
"Empat, atau lima, enam, tujuh, 10 perlumbaan yang mengecewakan… ia tidak akan menghentikan saya melakukan apa yang saya gemari. Ia tidak akan menghalang saya di litar.
"Saya telah berlumba selama 29 tahun, telah mengharungi saat sukar dan berjaya bangkit. Ia bukan mengenai cara anda jatuh, tetapi ia mengenai bagaimana anda mendapatkan semula rentak dan bangkit.
"Tiada apa yang anda katakan mampu menghalang saya di litar."