Skip to main content

Sukan Lain

Half Marathon debutant -- AirAsia Red Run 2025 di Bali, seru banget!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marathon.jpg
Jangan ditanya kenapa tiba-tiba berani nak buat larian sejauh 21 kilometer (km). 

Jawapannya mudah, terkesan dengan hasutan kawan-kawan dan kami semua memang sukakan cabaran! 

Kami diterbangkan khas ke Bali, Indonesia untuk menyertai AirAsia Red Run 2025. Dari awal lagi rasa macam lebih kepada pergi bercuti daripada masuk larian. Kami tiba di Nusa Dua, tempat penginapan yang cukup cantik dan tenang, memang mood percutian habis!

Apa yang buatkan pengalaman ini luar biasa adalah, suasana sepanjang larian tu sendiri. Laluan yang cantik, peserta lain yang sporting, dan yang paling penting, sistem sokongan penduduk Bali, turut disajikan dengan persembahan mereka, setiap km terasa lebih mudah.

 


Yang paling mengejutkan, walaupun saya tak membuat persiapan rapi, tiada latihan keras, tak mengikuti diet khas, saya tetap berjaya habiskan 21km dengan catatan masa yang saya sendiri tak jangka. Larian dapat dihabiskan dalam masa lebih kurang tiga jam. Tapi sifat ini jangan dijadikan contoh, saya kesibukan bekerja, latihan yang termampu selit sahaja. 

Sejujurnya rasa puas hati tu tak boleh nak digambarkan. Lepas larian, kami semua celebrate macam menang emas Olimpik, siap ada makan besar dan sharing session. Berdekah masing masing berkongsi pengalaman.

Trip ini akan menjadi antara kenangan paling manis dalam hidup saya.

Bukan sahaja sebab berjaya mencapai sesuatu yang saya tak pernah buat, tapi juga sebab saya dapat berkongsi momen itu dengan kumpulan yang paling sporting dan happening! 

Shout out to my gang Joharee, Sha, Shawn, Zaidi, Amat, Pipi, Amzar, Hafiy, Anis, Bella, Alif, Tasneem, Vichi, Hariz, Muaz dan juga Fahmie. AirAsia Red Run Bali 2025 — one of the best trips. To many more adventures together! 

Advertisement

Must Watch Video