Dengan nama jaguh pecut kebangsaan, Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati diumumkan berada dalam Program Road To Gold (RTG).
Namun, nama Datuk Azizulhasni Awang yang masih tiada kata putus mengenai kelangsungan kariernya selepas ini tidak tersenarai.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill, memilih untuk tidak membuat kenyataan mengenai perkara itu.
Amarjit yang terbuka dengan apa jua keputusan Azizul menjanjikan segala persoalan sama ada dia akan bertanding secara kompetitif mahupun tidak selepas ini akan terjawab dalam masa terdekat.
"Sepatutnya kami akan mengadakan sidang media pada bulan Mac, tetapi akhirnya satu tarikh telah ditetapkan iaitu pada Sabtu dengan Azizul dan MNCF akan berada di sana untuk mengumumkan hala tuju dia dan perancangan masa depan dia. Semua akan terjawab dalam 48 jam," katanya.
Mengenai misi besar PKBM untuk membawa lebih ramai atlet ke dalam Program RTG selepas ini, Amarjit menyifatkan nama-nama seperti Ridwan Sahrom, Fadhil Zonis dan Anis Rosidi antara yang menjadi sandaran untuk tersenarai suatu hari nanti.
"Saya menyokong rancangan RTG agar perlu penuh kriteria dan persatuan perlu memastikan mereka berada dalam program, untuk pastikan lebih ramai atlet dalam RTG sebagai input tambahan buat atlet." tambahnya.