BERITA SUKAN AM
"Hal Ini Privasi, Biar Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Yang Tahu' - Zaquan Adha Mohon Ruang, Masih Terkejut Kehilangan Anak Bongsu
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak, hanya mampu memohon doa daripada orang ramai agar dia dan isteri, Raudhah Che Wan@Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah kuat menempuhi ujian yang telah diberikan kepadanya.
Semoga kuat tempuhi dugaan berat
Kata Zaquan atau nama lengkapnya, Zaquan Adha Abddul Radzak, dia dan keluarga sangat berterima kasih kepada semua pihak yang datang memberi sokongan kepadanya untuk menghadapi saat sukar ini.
"Tiada apa yang saya boleh katakan, cuma saya minta doakan saya dan isteri kuat, kami anak ramai setiap dari mereka ada bahagian masing-masing. Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami."Terima kasih kepada semua orang yang memberi sokongan kepada kami daripada dapat berita sehingga ke hari ini. Tiada apa yang saya boleh katakan selain terima kasih.
Zaquan juga akui masih berada dalam keadaan terkejut dengan berita kehilangan anak bongsunya yang berusia enam bulan itu.
Mohon ruang, hal privasi
Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai untuk memberinya serta keluarga ruang untuk bertenang.
"Biarlah benda ini privasi untuk keluarga saya, biar hanya saya, isteri dan anak- anak sahaja tau apa yang jadi. Saya hanya bersyukur mungkin apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan saya mungkin tidak akan kongsikan kepada semua."Kami masih dalam keadaan terkejut kerana baby alam keadaan yang sangat sihat dan baik. Kami memang sangat terkejut jadi kami minta untuk beri ruang kepada kami sekeluarga," kata Zaquan.
Terdahulu, Zaquan Adha telah berkongsi berita kesedihan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees menerusi kemas kini di laman sosial Instagram Story.
Kakak ipar Zaquan yang juga pelakon, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang dan adiknya, Ayu terus menghubungi talian kecemasan bila melihat anaknya tidak sedarkan diri.
Jenazah sebelum ini telah menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi.-Astro Gempak