Atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail, mahu menjadikan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang bermula esok sebagai medan terbaik untuk melepasi had kelayakan ke Kejohanan Dunia.
Catatan 16.80 meter adalah jarak yang perlu dilepasi Hakimi bagi mengukuhkan peluang untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Prestasi pada tahun ini membuktikan dia mampu melepasi had kelayakan selepas melakukan 16.61m dalam Terbuka Selangor pada Mei dan diikuti dengan 16.45m dalam Terbuka Kazakhstan, bulan lalu.
Ia petunjuk positif buat atlet kelahiran Perak ini untuk layak ke Kejohanan Dunia buat pertama kali.
"Saya terpaksa berlawan dengan diri sendiri dan kali ini adalah peluang terakhir untuk saya layak ke Kejohanan Dunia," kata Hakimi.
Selain itu, peluangnya untuk menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ketiga tampak cerah apabila Thailand dan Indonesia tidak menghantar jaguh utama mereka.
Setakat ini, hanya atlet lompat tinggi, Nauraj Singh, yang berjaya melepasi had kelayakan Kejohanan Dunia di London, England, bulan depan.