Team SMG memasang impian besar menyasarkan kedudukan tiga terbaik Kejohanan Dunia Mobile legends Bang Bang M5 di Filipina.
SMG berjaya mengesahkan tempat ke Kejohanan Dunia selepas menewaskan Team Imperio dari Argentina dalam penentuan wildcard.
SMG menjadi wakil kedua negara dalam kancah M5 selepas Homebois layak selaku juara Liga MLBB 2023 untuk membawa cabaran Malaysia ke pentas dunia.
Walaupun tampil dengan tiket wildcard, SMG tidak menunjukkan rasa gentar dan sedia memberikan tentangan hebat dalam setiap aksi yang akan datang.
"Prestasi kami tidak begitu memberangsangkan dalam siri lalu jadi kami perlu bina sokongan yang tepat buat pemain dengan menerusi analisis bagi menonjolkan persembahan terbaik.
"Tiket wildcat ini pastinya akan mengurangkan tekanan yang kami hadapi, " kata pengurus Team SMG, Benny Lai, dalam Majlis Pelepasan Pasukan Esport Pro Malaysia yang julung kali di Parlimen.