Skip to main content

Hoki

Hairi mahu sekat hajat KLHC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hairi.jpg
Penjaga gol skuad hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB), Hairi Abdul Rahman, sudah bersedia dengan segala kemungkinan jika perlawanan separuh akhir kedua Piala TNB 2018 menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) hari ini akan diheret sehingga ke penentuan pukulan penalti.

Skrip 2017 menyaksikan perlawanan separuh akhir di antara pasukan TNB dan KLHC berlangsung sengit sehingga diheret ke penentuan pukulan penalti  selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar dan akhirnya memihak kepada KLHC untuk mara ke perlawanan akhir.

Hairi, yang menggalas tugas sebagai penjaga gol utama TNB pada musim ini menggantikan S. Kumar, sudah mempersiapkan mentalnya jika situasi memerlukannya untuk berdepan dengan penentuan pukulan penalti bagi mencari slot ke perlawanan akhir.

“Saya rasa kini saya lebih bersedia. Sebelum ini, ketika bersama skuad kebangsaan, kami telah melakukan latihan penentuan pukulan penalti dengan lebih kerap dan itu membuatkan saya lebih yakin untuk membantu pasukan TNB,” katanya.

TNB memiliki kelebihan gol ke atas KLHC apabila menang 3-2 dalam aksi separuh akhir pertama, Ahad lalu.

Kali terakhir mereka berjaya mara ke perlawanan akhir Piala TNB adalah pada edisi 2013, namun kecundang di tangan KLHC dengan keputusan 2-1.

“Perlawanan yang lepas adalah satu sejarah tetapi dalam aksi kalah mati, pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan bijak menggunakan peluang akan layak ke perlawanan akhir,” kata seorang lagi pemain TNB, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.

Advertisement

Must Watch Video