Kata pepatah 'Kota Rom tidak dibina dalam sehari' -- tidak boleh digunapakai dalam kamus kehidupan Muhammad Hafizuddin Roslin.
Ini kerana, atlet berusia 21 tahun itu menjadi badang negara dalam hanya sekelip mata.
Hafizuddin mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan sebanyak lapan kali di Sukma Sarawak — kategori snatch, clean and jerk dan jumlah angkatan keseluruhan.
Sensasi Hafizuddin dibawa ke pentas antarabangsa pertamanya apabila membawa pulang tiga pingat emas di Kejohanan Piala Raja Egat di Phayao, Thailand Oktober lalu.
Namun, dominasi Hafizuddin bakal terjejas ekoran perubahan kategori ditetapkan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) yang memansuh saingan 81 kilogram — dan kini Hafizuddin beraksi di saingan 79 kilogram.
Ammar Hakim
Mon Jan 06 2025