MOTOGP

Hafizh Syahrin kini jurulatih di Buriram

Stadium Astro
Stadium Astro
24/03/2025
06:05 MYT
Sponsor Banner
Hafizh Syahrin kini jurulatih di Buriram
Pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin menjengah ke dimensi baharu dalam kariernya apabila kini menjadi jurulatih dalam dunia pemotoran.
Perkembangan tersebut dikongsi pelumba berusia 31 tahun itu menerusi laman sosial yang menyifatkan ia sebagai peluang yang amat bernilai dalam kerjayanya.
“Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa saya kini secara rasmi menjadi jurulatih Ducati Riding Experience (DRE) Buriram,” katanya.
Bekas pelumba MotoGP dan WorldSBK itu kini bersama JDT Racing Team dengan jentera Panigale V4 R.
“Ini merupakan satu peluang yang amat bermakna bagi saya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan para penunggang yang ingin meningkatkan kemahiran mereka di litar.
“Saya memahami kepentingan teknik tunggangan yang betul, keyakinan diri serta strategi yang berkesan untuk menguasai litar perlumbaan,” ujar Hafizh.
Dia bersama barisan jurulatih DRE yang berpengalaman akan membimbing pelumba bagi memperkemaskan teknik tunggangan, memahami aspek teknikal motosikal dan meningkatkan prestasi di trek.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ducati Malaysia dan Ducati Asia Pacific atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan kepada saya untuk menyertai keluarga DRE.
“Saya amat teruja untuk bertemu anda di DRE Buriram dan merasai sendiri kehebatan Panigale V4 7G yang serba baharu. Ayuh, tingkatkan kemahiran anda dan capai potensi penuh di litar,” ujar Hafizh.
Kredit -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video