MOTOGP

Hafizh Syahrin jadi pilihan Ducati Team Kagayama

11/07/2024 | 11:07 MYT
Kalendar Hafizh Syahrin Abdullah pada tahun ini semakin padat apabila dia menerima pelawaan Ducati Team Kagayama untuk beraksi dalam pusingan ketiga Kejuaraan Dunia FIM Endurance 2024, di Litar Suzuka, Mie Prefecture, Jepun, 19 Julai ini.
Justeru, Ducati Team Kagayama amat berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT Team Racing, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, dengan berkata: “Pengalaman berharga Hafizh dalam perlumbaan endurance dan pengetahuan tentang Ducati Panigale V4R adalah bonus tambahan dan akan meningkatkan peluang kami untuk memenangi perlumbaan.”
Semalam, JDT Racing Team berkongsi berita gembira berikutan meraih tiket peluang khas untuk menyertai Kejuaraan Superbike World Championship (WSBK) di Litar Portimao, Portugal , awal bulan depan.
#Sukan Permotoran #Hafizh Syahrin Abdullah #JDT Racing Team
;