Skip to main content

Sukan Lain

Hafifi alami kecederaan serius

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

22617hafifi.jpg
Penglibatan atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor, dalam Sukan SEA, Ogos depan kini samar-samar apabila mengalami kecederaan serius pada lutut kiri ketika menjalani latihan di China, semalam.

Kecederaan itu berlaku apabila atlet berusia 26 tahun itu cuba melakukan angkatan sehingga 190 kilogram.

Namun, usahanya yang ingin mengatasi rekod peribadi 185kg membawa padah apabila lututnya terkehel dan makin membengkak.

Kini, juara Sukan Komanwel 2014 itu dikhabarkan bakal membuat rawatan susulan di Insititut Sukan Negara (ISN) esok selepas tiba di tanah air hari ini dan hanya akan kembali ke China jika dibenarkan.

Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), bagaimanapun, enggan mengulas lanjut isu itu kerana masih terlalu awal untuk menekan butang panik mengenai keadaan Hafifi yang menjadi prospek negara dalam Sukan SEA.

"Saya tidak boleh komen apa-apa. Saya tidak tahu cerita sebenarnya. Saya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat, barulah saya boleh beri penjelasan.

"Kalau saya komen nanti akan jadi isu lain. Saya tidak tahu cerita ini," kata Naib Presiden PABM, Abu Hanapah Ismail.




Walaupun Hafifi memiliki reputasi cemerlang di peringkat antarabangsa, atlet dari Terengganu itu tidak pernah menyertai Sukan SEA. 

Pemegang rekod kebangsaan clean & jerk itu pernah merangkul emas dalam Sukan Komanwel 2014 serta membuat penampilan dalam Sukan Olimpik Rio, tahun lalu.





Mohd Hafifi Mansor

Umur : 26 tahun
Acara : 69kg
Rekod kebangsaan: 316kg (Clean & Jerk + Snatch)

Pencapaian Lain:

• Emas Sukan Komanwel 2014
• Gangsa Sukan Komanwel 2010
• Ke-13 Sukan Olimpik 2016

Advertisement

Must Watch Video