Skip to main content

Sukan

'Guru Bahasa Inggeris dan cikgu Pendidikan Jasmani anda akan berkahwin'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

swift.jpg
Kapsyen mencuit hati itu dikongsikan sensasi pop dunia, Taylor Swift, menerusi hantaran di Instagram (IG) yang mengesahkan pertunangannya dengan bintang American Football, Travis Kelce, dari pasukan Kansas City Chiefs, pada Selasa.

Kelce mungkin kurang dikenali berikutan sukan yang diceburinya tidak begitu popular di rantau ini, terutamanya di Malaysia, namun pemain di posisi tight end ini memiliki ramai kenalan dalam pelbagai bidang dan sudah pastinya di kalangan atlet terkemuka dunia.




Jadi tidak hairanlah, kurang 24 jam selepas momen yg menjadi simbolik kepada fasa baharu hubungan merpati dua sejoli itu dimuat naik, termasuk gambar yang mempamerkan cincin berlian hasil sentuhan Kelce bersama jenama terkenal, pasangan ini meraih puluhan juta likes, repost dan ucapan tahniah termasuk daripada ikon renang dan Olimpian paling berjaya Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps, serta bintang tenis Poland dan bekas nombor satu dunia, Iga Swiatek, yang sedang berjuang dalam Terbuka AS ketika ini.

Kelce mula menunjukkan minat kepada Swift dengan cuba memberikan nombor telefonnya kepada penyanyi lagu Shake it off itu ketika menghadiri konsert di Kansas City, sekitar 2023. 

Walaupun tidak berhasil ketika itu, Kelce dilihat turut menghadiri siri jelajah lain dan kemudiannya muncul diatas pentas sebagai cameo di London.
Taylor Swift

Cerita Cinta Dalam Lagu

Dari ‘Love Story’ hingga ke era terbaru, nikmati perjalanan muzik Taylor Swift di atas piring hitam.


Beli Vinyl Taylor Swift

Advertisement

Must Watch Video